Sunday, January 4, 2009

Intro

(sebelah kanan:cover album Bangsarboyz and Friends, 1995)

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah 7 Muharram bersamaan 4 January lahirlah blog ini sebagai simbolik azam Hijrah 1430 dan Masihi 2009 dgn azam baru, harapan baru.
Blog ini adalah khas untuk meraikan usaha dan inisiatif remaja2 Bangsar yg pernah satu ketika dahulu menubuhkan suatu kumpulan yang dipanggil Bangsarboyz iaitu sebuah kumpulan nasyid remaja yang unik iaitu bukan dari sekolah agama maupun universiti tetapi hasil kesedaran dan inisiatif dari remaja rumah pangsa Sri Pahang, Bangsar.

Kini perjuangan ini diteruskan oleh kumpulan baru yang diusahakan oleh saudara Fadil dan rakan2 yang membangkitkan semula semangat nasyid remaja Sri Pahang setelah lebih kurang 10 tahun 'bertapa'.Kumpulan ini adalah 'Kumpulan NADI' yang tampil memeriahkan industri nasyid Lembah Klang.Semoga kehadiran 'NADI' dan kemunculan 'Bangsarboyz Productions' (insya-allah tidak berapa lama lagi), akan membangkitkan semula spirit bebudak Bangsar serta menguatkan lagi denyut nadi da'wah di Kuala Lumpur.
Dengan ini semangat 'Bangsarboyz N Friends' akan mekar iaitulah silaturrahim rakan2 kami pemuda2 Islam yang sudah lama berbakti di ibukota seluruh dunia dari London sehinggalah ke Palestin.'Kami budak baru belajar, ambil galah, tolong tunjukkan...'.
Semoga kehadiran kami dan irama kami akan dapat diterima kalian semua...Insya-Allah.
Sejarah:antara foto klasik pertama Bangsarboyz,kalau tak silap 1994,masa tu pakai nama 'Belia Mujahid', perasan tak ketua kumpulan NADI sekarang iaitu Fadil 2 dari kanan? hehe.dan yang paling kiri sekali siapa?teka?hehehe...

2 comments:

  1. Alamak.. dah besar2 dah skang.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Alamak...gambor saya takde pon.....
    memangla takde saya jd bodyguard je dulu

    ReplyDelete